Pemenang Peraduan Zon Artis Bersama GambarHehe!


Salam sejahtera..

Hari ini, pada tanggal 11 Ogos 2009 adalah cukup bersejarah bagi kita semua.. Kenapa? Kerana beta akan mengumumkan pemenang bertuah bagi Peraduan Zon Artis Bersama GambarHehe..
Untuk pengetahuan rakyat jelata yang tidak berpengetahuan, beta telah menyediakan sebuah Kamera Digital eksklusif untuk peraduan kali ini.. Kamera Digital yang berjaya mengempiskan wang saku beta itu akan beta hantar melalui kuda Pos Ekspres yang gagah perkasa..

Syabas beta ucapkan pada semua pendekar-pendekar yang berusaha mendapatkan ganjaran ini.. Lain kali, beta akan anjurkan pertandingan di mana anak gadis beta akan dijadikan isteri kepada pemenang. Dan pakcik beta akan dijadikan suami untuk peserta wanita..

Dengan lafaz Lai Lai Katong, beta umumkan pemenang bagi Peraduan Zon Artis Bersama GambarHehe ialah pendekar yang mempunyai tiket bernombor 0428.

Tahniah beta ucapkan pada yang menang. Dan takziah beta ucapkan pada yang kalah. Usah biarkan hati terus berduka lara. Percayalah beta akan kembali dengan peraduan yang menawarkan hadiah lumayan dan meringankan kantung wang beta. But its ok. I love to see my people happy. Inilah yang dinamakan pemimpin berjiwa rakyat.. Hahaha…

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

32 Responses to “Pemenang Peraduan Zon Artis Bersama GambarHehe!”

  1. Anarm says:

    aaa.. aku x menang.. huhu

  2. GambarHehe says:

    @AnarmLoh ko tak menang ke bro? Kecewa aku.. huhu

  3. zai says:

    aku nye nmbor 429..ckit lg,xdpt nk tmbh koleksi kamera..huwaaa..err,,apepn tahniah pade pmenang..tahniah..tahniah..tahniah..

  4. zai says:

    @9156312082089302428.0err..lupe nk tnye..hadiah salingan utk 3 pemenng brtuah tu x umumkn skli ker?

  5. Zon Artis says:

    @zaihadiah salingan akan diumumkan oleh penaja. mungkin akan diumumkan esok atau lusa. sabar ye. hehehe..apa2 pun, tahniah kepada pemenang.. sprt yg kami janjikan pd emel kami sblm ini, jika pemenang tidak menghantar semula (reply) nombor yg kami berikan dlm masa 24 jam slps cabutan no bertuah ini diumumkan, secara automatik hadiah akan menjadi hak mutlak penaja semula. harap maklum!

  6. ilhamputra says:

    hui.aku tak menang.paling dekat pun 0433ish3.aku ade 38 tiket ni untuk dicalonkan.huhu

  7. Mr.Bintang says:

    mcm mana kalau pemenang x claim? akan ada cabutan lagi??

  8. ilhamputra says:

    huhu.buat cabutan skali lagi ye.kalo pemenang x claim.

  9. GambarHehe says:

    @ilhamputraPergh banyak giler tiket ko..

  10. GambarHehe says:

    @Mr.BintangBergantung kepada budi bicara beta..

  11. azizan4444 says:

    sptotnye 422 ni..heu3

  12. TV online says:

    aaaaaakkkuuuuuuuuuuu.. Tak menang.. :D

  13. loq says:

    jauh betul no aku tuhaha

  14. GambarHehe says:

    @azizan4444aku saja tukar tanak bg ko menang.. haha

  15. GambarHehe says:

    @TV onlineko memang patut tak menang..

  16. GambarHehe says:

    @loqNanti aku dekatkan..

  17. haritz says:

    aku menang ye ye 0086 menang.Ops menang sorak je hehe.

  18. aRe_uDear says:

    alohhh.. bukan rezki den lerr huhuu..

  19. GambarHehe says:

    @haritzAku pon selalu menang sorak.. haha

  20. GambarHehe says:

    @aRe_uDearEkau cubo lagi len kali..

  21. aman says:

    alamak. terlepas sudah.

  22. GambarHehe says:

    @amanMacam ada second round je..

  23. Ariey says:

    jauh benar dari no beta.Tuan hamba hehe tidak bolehkah no itu ditukarkan kpd 0078 sbg balasannya gundik beta akan menjadi ganti kepada tuan hamba hehe.

  24. Daus says:

    auii, patik x menang…sungguh kecewa…

  25. zai says:

    wah…xde org claim lg ni…ade can lg..yeh..yeh..ye.h.

  26. Zon Artis says:

    nampaknya pihak kami tidak menerima sebarang emel reply dari pemegang nombor diatas sehinggalah ianya melebihi tempoh masa yg kami tetapkan. ini bermakna, hadiah menjadi hak mutlak penaja semula. Samada akan ada cabutan bertuah sekali lg atau sebaliknya, bergantung kpd budi bicara pihak penaja. sekian.- Zon Artis

  27. GambarHehe says:

    @ArieySila hantarkan resume gundik tuan hamba itu..

  28. GambarHehe says:

    @DausRamai lagi yang kecewa..

  29. GambarHehe says:

    @zaiAda cahaya di hujung terowong..

  30. GambarHehe says:

    @Zon ArtisAku betul2 tak paham.. Hadiah free pon org tanak.. Nak tunggu aku bagi hadiah kamera DSLR baru nak claim ke?

  31. lizz says:

    ni yg nak marah ni. nk jadi orang yg xtrime kenyataan ni. no gwe o427!!!! wahahahaha. tensi2 :P

  32. GambarHehe says:

    @lizzAku lg marah.. Nak bagi hadiah pon org tanak claim.. Hish..

Leave a Reply