* AIM15 disiarkan secara langsung di ntv7, menyediakan 22 kategori, termasuk dua kategori khas iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama.
* Dato Siti Nurhaliza menerima pencalonan paling banyak dalam AIM15. Penyanyi ini menerima pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita), Kulit Album Terbaik dan Album Pop Terbaik. Tiga lagu nyanyian Siti Nurhaliza iaitu Sekian Lama, Cintaku dan Hati masing-masing dicalonkan dalam kategori Susunan Lagu Terbaik (Wanita). Dua lagi lagunya iaitu Sekian Lama dan Hati pula dicalonkan sebagai Lagu Terbaik.
* Faizal Tahir pula menjadi penyanyi lelaki yang menerima pencalonan paling banyak. Faizal yang mempertaruhkan album Aku, Muzik, Kamu dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki), Kejuruteraan Album Terbaik, Album Rock Terbaik, Gubahan Muzik Terbaik (Bukan Bahasa Malaysia) dan Lagu Terbaik menerusi lagu Mahakarya Cinta.
* Kategori vokal terbaik wanita menyaksikan persaingan antara Siti Nurhaliza, Atilia, Dayang Nurfaizah, Elyana dan Karen Kong.
* Bagi kategori vokal terbaik Lelaki pula menyenaraikan Sohaimi Mior Hassan, Faizal Tahir, Aliff Aziz, Hazami dan Kaer Azami.
* Hanya dua album saja dicalonkan untuk kategori Etnik Pop Terbaik iaitu album Jatuh Cinta Pandang Pertama dari Azfar, dan Meodi Ahlaan dari Waheeda.
* Kategori Album Nasyid Terbaik pula mencalonkan tiga album iaitu Al-Asr…Moment daripada Mu’adz, Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun) dan Maulana (Rabbani).
* Calon bagi Lagu Terbaik sepanjang tahun 2007 ialah lagu Menanti Pasti nyanyian Siti Nurhaliza, Mahakarya Cinta (Faizal Tahir), Sekian Lama (Siti Nurhaliza), Izinku Pergi (Kaer Azami) dan Itu Kamu (Estranged).
* Lagu Terbaik Izinku Pergi sebelum ini memenangi kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22. Kaer kini berada di Jakarta, sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang pentadbiran perniagaan.
* AIM 15 dipancarkan secara langsung oleh stesen televisyen rasmi, ntv7 pada jam 9 malam dan dapat didengarkan secara langsung melalui stesen radio rasmi Hotfm dan Flyfm.
* Turut menyelitkan acara permaidani ‘biru’ untuk artis dan selebriti yang diundang, bergaya sakan dengan penampilan mewah dan bercita rasa tinggi yang dikendalikan oleh Awal Ashaari, 26 dan Kartini Kamarul Ariffin (Tini), 30.
* Di antara artis yang membuat persembahan adalah seperti Anuar Zain, Atilia, Boomerangx, Dafi, Dato Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Estranged, Faizal Tahir, Fiq, Hazami, Karen Kong, Mawi, Pop Shuvit dan Suki.
* Setiap persembahan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional diketuai Pengarah Muzik, Aubrey Suwito.
* Di antara barisan artis yang diberi peluang dan penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang pada malam kemuncak AIM15 adalah Alif Aziz, Anne (Hot fm), Ben (Fly fm), Daniel Lee, Datin Julie Sudiro, Diddy, Dr Fazley, Elyana, Farawahida, Kartini ( Hot fm), Pete Teo, Sean Ghazi, Shebby Singh dan Sohaimi Mior Hassan.
* Dato Siti Nurhaliza tidak membenarkan trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) berada lama di tangan penyanyi wanita lain apabila merampas kembali takhta itu tahun ini. Siti yang sebelum ini pernah memenangi kategori itu lapan kali berturut-turut sebelum dirampas Jaclyn Victor, tahun lalu.
Info menarik Anugerah Industri Muzik 2008 (AIM 15)
April 28th, 2009
MediaHehe 



Posted in
Tags: 



hehe..
mntang2 la dia mng 4..
nk bg owg jelesh lak..
hehehe..
Apa gune menang kalu tak dapat bg orang jeles..